Kereta Hilang!

 

Kereta Kena Tarik
assalamualaikum guys.
inilah entri yang aku nak sangat cerita. hahahhaa. kereta aku hilang weyh kali pertama tau. suami aku baru berniaga. jadi kereta iswara ni aku ambil dari ayah untuk kegunaan kami lah nanti. suami aku park kereta dekat tepi rumah (apartment). ambil kereta malam, park kereta dalam pukul 10 ke 11 malam macam tu. 

pagi tu bangun macam biasa. malam tu memanglah nyenyak tidur sebab malam tu dah tidur lambat kan? pagi tu bangun fresh! macam terbangun lambat sikit sebab cuaca baik gila, sejuk - sejuk gitu. 

aku sediakan sarapan dan baru je nak sarapan. suami aku gatal pergi intai kereta dari atas bilik. eh kereta tak ada! aku macam orang hilang arah. nak makan jadi kenyang. hgahahhaha. aku cakap, kalau kereta kena curi macammana? 


Kereta Kena Tarik

aku macam kejap berdiri kejap duduk. hahha. suami aku cakap, sabar kejap. otak aku kosong. aku macam nak fikir tapi taktahu lah nak fikir apa. kosong tapi tak senang duduk langsung. aku macam nak makan sebab lapar tapi tak mampu lah nak makan. makanan tu makan seketul dan kenyang terus. kenyang dengan berita kereta hilang. what? hahaha. 

lepastu suami aku macam duduk sekejap. dia fikir. dia call mbsa. pegawai mbsa tu minta lokasi kereta berkenaan dan pass no telefon orang yang tarik kereta. nasib baik diangkat. dalam kereta tu sebenarnya ada barang niaga. ya allah baru beli je tau.

tiba tiba kereta hilang. lemah semangat aku nak menerima. aku lupa tau nombor plat kereta. aku pergi bagi nombor plat yang salah. HAHAHAHA. nasib baik kitorang tak dituduh pencuri. tibaa ~ selepas dikenalpasti, memang sah kereta kena tarik. pegawai tu kata kalau nak ambil kereta boleh pergi depoh mbsa dengan dengan tnb. 

aku pun google lah harga. 

Kereta Hilang!

rm270. terbang duit ~ baru je habiskan beli barang niaga tiba - tiba jelah kereta kena tarik. rasa macam miskin sekejap. suami aku call pegawai kali kedua untuk tanya berapa harga. pegawai tu kata lah rm150 ke rm170 macam tulah. tak ingat.

dia kata ini harga setelah buat rayuan. apa yang aku baca dari blog orang; nak buat rayuan kena pergi ke bangunan mbsa sana. hahhaa. tapi kes aku, belum lagi mintak kurang, dia dah bagi harga yang selepas rayuan tu. hahaha.

setelah dapat lokasi nak ambil kereta, aku pun redha je terbang duit.

Depoh MBSA 

Kereta Kena Tarik

depoh membawa maksud ; gudang atau tempat menyimpan barang-barang. jadi disinilah tempat kereta aku ditempatkan. ada beberapa lagi kereta lain. masa aku nak buat bayaran tu, trak tunda sedang membawa sebuah lagi kereta. seronok depa kutip kereta orang hantar dekat depoh. umpama macam "woi aku buat kerja ni tau" kahkah. gigih ~ 

aku ada baca, nak ambil kereta kena tarik ni kena bawa dokumen berkaitan. masalahnya, aku tak ada bukti apa - apa menunjukkan tu kereta aku. nasib baik lah masa kejadian nak ambil kereta, aku cuma perlu bawa ic sajaha. selamat ~ 

itulah cerita aku. korang yang nak parking kereta, jangan lah parking mengarut - ngarut. ikutlah arahan ya. kau kaya ke miskin ke. tua ke muda ke. letak dalam kotak dan bayar parking. sekian terima kasih.

0 Response to "Kereta Hilang! "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel

Iklan Bawah Artikel