Temujanji di Hospital Shah Alam

Temujanji di Hospital Shah Alam

berikutan daripada serangan panik yang aku alami dua (2) atau tiga (3) bulan yang lepas, aku telah diberikan temujanji pada setiap bulan bersama pakar. total temujanji aku adalah sebanyak empat (4kali) sehingga bulan disember. macammana aku boleh terjebak dengan kes serangan panik? aku terlalu stress ke dengan hidup? hahah tak. aku rasa aku macam 'bluetooth' dari orang lain atau melalui pembacaan semasa. aku kan suka membaca dan berborak tentang pengalaman orang. 

sama macam kes aku period. level period aku zaman sekolah sangat ringan. disebabkan aku ada berkawan dengan orang yang ketika period akan menangis, sakit perut, lemah longlai didepan aku; automatik aku jadi macam dia hahhaa. kenapa ya? aneh betul. pemikiran dan tindakan refleks diri aku rosak ke? ke macammana. 


Kronologi Serangan Panik 

Temujanji di Hospital Shah Alam

mengimbau semula serangan panik yang berlalu tempoh hari. sebelum melangkua jauh, aku pernah lah tulis pasal serangan panik di entri sebelumnya. kalau korang berminat nak baca boleh lah baca pada entri datang tiba - tiba.

aku dapat simpulkan, aku alami serangan panik selepas covid yang kedua (masa keluarga aku datang rumah dalam keadaan demam; mak dan ayah demam) secara ringan. dua bulan selepas itu; en anwar meninggal. aku menerima perkhabaran duka dalam keadaan diri masih dalam fasa pemulihan. 


Tak Senang Duduk

Temujanji di Hospital Shah Alam

selepas dari mendengar pemergian duka, ada satu tempoh yang menyesakkan terpaksa aku lalui. malam yang terasa sangat panjang nak berakhir. malam yang aku rasa malam terakhir untuk aku hidup didunia. aku tak boleh duduk dan berdiri. terasa kebas seluruh badan. aku yakin, kebas bukan sebab darah tak normal atau apa. tapi takut yang aku alami tiba - tiba. 

aku cakap dengan suami aku, aku tak boleh duduk. aku tak boleh tidur. aku takut. dalam kepala aku ligat berfikir. kalau aku pejam mata, dan ini kali terakhir aku hidup. apa sahaja lah yang aku sempat buat malam tu. solat pun masih tergantung. amalam pun senipis kulit bawang. 

sekejap sekejap aku berdiri kehulur hilir. sekejap sekejap aku masuk bilik. sekejap sekejap aku solat sunat. sekejap sekejap aku baring. tapi gundah gulana. badan kebas sebab takut melampau. tak selesa. aku taktahu macammana nak buang perasaan tu. aku benci. aku tidur depan televisyen. aku tinggikan bantal. aku rendahkan semula. aku letak bantal kiri kanan. aku peluk lengan suami. 

selepas itu, berakhir dengan aman. aku tidur. 

sehinggalah suatu hari tu, aku keluar dengan suami dan adik - adik aku. adik kecil aku yang berumur enam (6) tahun minta aku kendong sementara nak menuju dekat tempat parking kereta. kendong tak sampai 2 minit. beberapa saat selepas aku turunkan adik aku dari kendong -an, tangan kiri aku semacam kebas. 


Bermula Episod Panik 

dalam kereta aku macam bernafas tak lepas. masa tu kami menuju ke kedai makan untuk makan malam. dah selesai pilih makanan. tiba - tiba aku rasa macam segalanya mulai hitam. aku kelam kabut takut. aku minta suami aku batalkan semua makanan yang dah dipilih. saat itu juga, kereta laju membelah malam. aku langsung hilang rasa takut meski pun kadar laju kereta sebegitu selalu membuat aku resah. aku cuma fikir, aku nak sampai hospital segera. kalau mati biar dihospital. bukan didalam kereta tanpa sempat dirawat. 

sesampainya aku dihospital, aku ditolak menggunakan kerusi roda. aku malu tapi aku persetankan. macam orang dah nak mati lagaknya. suami aku tolakkan aku sampai kaunter doktor sahaja. selebihnya aku sendiri. suami aku bersama adik - adik aku dikereta. adik aku tak boleh masuk hospital, kerana dibawah dua belas (12) tahun kan. 

masa di kaunter doktor ada minta kad pengenalan. tangan aku kejung keras tak boleh nak gerakkan jari untuk keluarkan dompat. aku minta doktor tu ambil dalam beg aku. lama juga ya menunggu giliran. dari pukul sepuluh (10) ke sebelas (11) malam macam tu aku sampai dari pendaftaran sampai nama aku dipanggil. mak ai ~ 

empat (4) ke lima (5) pagi juga la nama aku akhirnya dipanggil masuk ke bilik. doktor tu tanya lah aku pasal apa yang aku rasa. lepastu lama juga, aku dipanggil lagi sekali untuk buat ujian apa tah. yang kena baring untuk tengok perjalanan detak jantung aku. keputusannya; normal. huhu. sebab masa dia tanya aku tu, aku jawab aku tak boleh bernafas. tangan kaki aku sejuk. aku lemas.


Temujanji Seterusnya

Temujanji di Hospital Shah Alam

selepas dari kali pertama aku masuk kecemasan tu, aku diberikan temujanji dengan jabatan psikologi dan kaunseling. automatik fikir, oh aku gila ke? untuk positif vibe, aku fikirlah. ini masalah pemikiran aku. memang aku patut masuk sini untuk kaunseling. lagipun aku kaunseling. bukan aku kena ikat dengan memakai baju warna putih dalam bilik khas. kan? aku okay cuma pemikiran aku lemah sampai aku fikir jauh. aku fikir benda yang belum ada. 


Jabatan Psikologi dan Kaunseling

untuk kes aku ni, ada dua jabatan terlibat. jabatan psikologi dan kaunseling dan jabatan rehabilitasi. selepas aku selesai dengan kecemasan, temujanji pertama aku ialah dengan psikologi dan kaunseling. dekat sini aku cuma kemaskini permasalahan aku sahaja. seperti biodata ringkas dan juga masalah aku dengan kehidupan. antara soalannya ialah; nama, umur, pekerjaan dan lain lain. berkenaan hidup pula; ada stress dekat tempat kerja ke? gaduh dengan boyfriend ke? masalah kewangan ke atau dan lain lain. 

doktor akan interview aku dan kemaskini dalam laporan fail atas nama aku. kalau keadaan aku kritikal dan terlalu teruk, doktor akan bekal kan aku dengan ubat. ubat tu kena makan kalau aku mengalami serangan panik yang tenat dan tidak boleh dikawal. ubat tu rasanya mengantuk. kiranya kalau aku makan, aku akan melalui tempoh bertenang dengan cara 'tidur'.

selepas itu, boleh lah balik dan tidur. aku adalah juga google nama ubat tu. seram nak makan. ubat yang diberikan tu ada nama; clonazepam dan ada kesan sampingan. antara kesan sampingan ringan yang mungkin aku alami ialah masalah ingatan. aku buat keputusan untuk tidak makan. 

setiap kali aku macam nak menuju ke arah serangan panik, aku kenang semula perjalanan aku yang sangat lama nak berjumpa doktor. aku brainwash otak aku, adakah berbaloi aku kena serangan panik lepastu menggelabah pergi jumpa doktor? padahal aku duduk menunggu giliran lama betul sampai serangan panik aku pun dah habis. aku cuma jumpa doktor hanya untuk bagitahu situasi aku. jadinya, aku perlahan rilek. hidup masih panjang untuk bertenang ~ 


Jabatan Rehabilitasi

dijabatan rehabillitasi ni, macam tempat terapi/ fisio macamtu lah. mungkin dalam bahasa melayunya rehabilitasi ni membawa maksud pemulihan kot? hahah entah. 

dekat sini aku diajar cara bernafas yang betul. aku kena buat hari - hari untuk mengatasi permasalahan serangan panik yang akan berlaku pada bila - bila masa (macam berlatihlah). aku diperkenalkan dengan perkara atau aktiviti yang boleh mengatasi serangan panik. mungkin entri seterusnya aku akan kongsikan dengan korang apa yang mereka ajar aku (walaupun dalam google dah ada).

0 Response to "Temujanji di Hospital Shah Alam"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel

Iklan Bawah Artikel